KURSUS USAHAWAN DIGITAL @ APBMBG 2024- SHOPEE & TIK TOK AFFLIATE

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Kursus Usahawan Digital @ APBMBG 2024- Shopee & Tik Tok Affiliate adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia untuk meningkatkan kaedah pemasaran melalui jualan dan promosi kaedah affiliate dan menggunakan medium pengiklanan di platform media sosial yang berkaitan. Program ini juga membantu kepada peserta berkaitan dengan penggunaan aplikasi dan medium kaedah pemasaran media sosial secara lebih efektif selain meningkatkan pendapatan dalam perniagaan secara pendigitalan.

Objektif Program

  • 1)Memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan pemasaran digital melalui aplikasi Shopee & Tik Tok sebagai medium yang digunakan selain mempelajari kaedah pemasaran secara digital secara keseluruhan. 2)Meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah keusahawanan perniagaan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend pernigaan pada masa kini. 3)Memberi bimbingan dan konsultansi melalui aktiviti keusahawanan digital yang merangkumi sokongan dengan menyediakan platform pemasaran untuk belia bagi melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berorientasikan keuntungan dengan matlamat akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.
Tarikh Program 15/07/2024 Hingga 17/07/2024
Bentuk Program Bersyarat
1)Warganegara Malaysia
2) Berumur 18-30 Tahun
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Niaga
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - INSTITUT SEMARAK FELDA BANGI SELANGOR
Agensi Pelaksana Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan SUHAINI BINTI SAMSUDIN
Bahagian CAWANGAN PENGEMBANGAN DAN INOVASI
No. Telefon 05-3656187
Emel suhaini@kbs.gov.my

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh