MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah merupakan sesi persidangan dan libat urus berhubung isu-isu pembangunan dan keperluan belia di kalangan pemimpin pertubuhan belia peringkat daerah bersama wakil kepimpinan kerajaan peringkat daerah, wakil-wakil jabatan dan agensi. Pelaksanaannya adalah bagi menyokong kepada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Objektif Program

  • 1. Membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat; 2. Meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa; 3. Menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia; dan 4. Memperkukuh dan mempertingkatkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Tarikh Program 27/06/2024 Hingga 27/06/2024
Bentuk Program Bersyarat
Persidangan ini akan disertai oleh seramai 50 orang terdiri daripada semua Ahli Majlis MPBN Peringkat Daerah, Pemerhati, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, media dan lain-lain jemputan.
Jenis Program Lain-lain (Persidangan)
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Demokrasi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Dewan Keranji, Majlis Daerah Jeli
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Hazmanita Binti Che Hamid
Bahagian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
No. Telefon 09-9441449
Emel pbsdjeli@kbs.gov.my