Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
1 Program Youth Skills (Y-Skills) Basic Golf Swing dilaksanakan dengan konsep latihan secara berpusat menggunakan khidmat tenaga pengajar golf bertauliah di AKBG untuk melatih masyarakat setempat secara tepat dan betul bagi memastikan keupayaan impak keberkesanan latihan mencapai matlamat yang sewajarnya.
2 Pengajar akan menggunakan kaedah penyampaian melatih peserta secara teori dan pratikal mengikut susunan modul berkaitan teknik permainan sukan golf, kaedah pemarkahan dan struktur padang golf seterusnya memastikan para peserta memperolehi kefahaman secara berperingkat.
3 Program ini dilaksanakan merangkumi sesi latihan secara fizikal bersama pengajar bertauliah mengikut jumlah jam latihan yang bersesuaian dengan rasionalisasi keberkesanan impak kepada peningkatan kendiri para peserta yang menyertai.
4 Peralatan dan bahan guna habis latihan menggunakan peralatan mobile simulator golf dan peralatan asas permainan yang terdapat di AKBG .
5 Para peserta akan dipersijilkan dibawah pentauliahan asas dalam bidang kemahiran golf oleh AKBG.
Objektif Program
- 1. Menerapkan pendedahan dan pengenalan latihan asas kemahiran bidang golf melalui struktur modul latihan sukan golf yang betul.
- 2. Membuka peluang kepada masyarakat setempat memahami ekosistem industri pekerjaan golf yang dapat diterokai bagi meningkat sumber pendapatan individu.
- 3. Merealisasikan aspirasi KBS dalam memperkasakan latihan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa batasan dan halangan agar memberikan nilai tambah peningkatan kemahiran kendiri melalui pelaksanaan program berasaskan pendekatan Technical Vocational Education and Training (TVET) dengan pensijilan AKBG.