Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Bengkel TWG ini merupakan satu platform bagi mendapatkan input daripada idea, cadangan dan pandangan peserta berkaitan perancangan program/ aktiviti yang dilaksanakan merentas Kementerian/ Agensi pelaksana sebagai usaha dan strategi meningkatkan skor IBSM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta meningkatkan aktiviti penyebarluasan hasil dapatan kajian. Platform ini melibatkan semua kementerian, agensi, Non-Government Organization (NGO), Persatuan Sukan, syarikat korporat serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan sukan massa di Malaysia.
Objektif Program
- Berkongsi hasil dapatan data Indeks Budaya Sukan Malaysia dari tahun 2023 dan dibandingkan dengan dapatan tahun 2022 dan 2021;
- Mengumpulkan idea, pandangan serta cadangan peserta bagi menambah baik aktiviti/ program penglibatan rakyat Malaysia dalam membudayakan sukan;
- Mengumpul input untuk menyokong strategi KBS sebagai agensi pelaksana teras menggalakkan sukan untuk kehidupan aktif dan sihat dalam RMK12.