PROGRAM KESELAMATAN ICT : DEVICE ATTACK, BLOCK!

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

1. CyberSecurity Malaysia ialah sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan yang menyediakan perkhidmatan dan kepakaran dalam keselamatan siber untuk sektor awam dan swasta serta komuniti umumnya.
2. Cybersecurity Malaysia telah melaporkan sehingga Mac 2024, sebanyak 528 insiden keselamatan telah berlaku dan 7,192 insiden keselamatan siber pada tahun 2023 yang melibatkan Denial of Service (DOS), SPAM, Fraud dan lain-lain.
3. Melalui pemantauan pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara juga mendapati, kebanyakan insiden siber adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran di peringkat pengguna.
4. Di peringkat KBS, Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KBS versi 7.1 yang berkuat kuasa pada 10 Januari 2019 telah dibangunkan yang menggariskan peraturan penggunaan aset ICT yang menjadi tanggungjawab semua warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dibaca, difahami dan dipatuhi DKICT tersebut.
5. Untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan Sistem Penyampaian Kerajaan dan meningkatkan kesedaran keselamatan maklumat di KBS, maka Program “Keselamatan ICT : Device Attack Block! ” dicadangkan untuk dilaksanakan.

Objektif Program

  • 1. Memberi pendedahan kepada semua warga KBS mengenai ancaman dan potensi berlakunya pencerobohan keselamatan atau pendedahan maklumat yang melibatkan peranti ICT peribadi.
  • 2. Memahami perkembangan teknologi baharu ICT yang boleh diaplikasi dan diadaptasi dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai penjawat awam; dan
  • 3. Mendapatkan pengalaman pegawai yang mempunyai pengalaman luas dalam keselamatan siber untuk berkongsi maklumat berhubung isu-isu semasa serta langkah pencegahan bersesuaian yang boleh diambil.
Tarikh Program 27/06/2024 Hingga 27/06/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Seminar/Symposium/Konvensyen/Forum/Dialog/Latihan
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pengurusan Maklumat, KBS
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Norhafiza Binti Azizan
Bahagian BPM
No. Telefon 03-88713153
Emel norhafiza@kbs.gov.my