Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program Kem Muhibbah Belia merupakan inisiatif yang dirancang oleh Majlis Belia Malaysia khusus untuk mendepani isu-isu berkaitan keharmonian rentas kaum yang sentiasa menjadi topik perbincangan hangat di Malaysia. Dalam konteks masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya, kaum, dan agama, keperluan untuk memupuk toleransi serta semangat perpaduan menjadi teramat penting, terutamanya di kalangan warga belia. Kem ini bertujuan untuk menyatukan belia dari pelbagai latar belakang budaya, kaum, dan agama, serta memberi mereka peluang untuk menghayati pengalaman bersosial yang mendalam melalui pelbagai aktiviti luar.
Objektif Program
- Memupuk Toleransi: Memberi peluang kepada warga belia untuk memahami, menghormati, dan menerima perbezaan di antara mereka
- Mengeratkan Kerjasama: Melalui aktiviti luar, peserta akan diajar untuk bekerjasama, mengatasi cabaran bersama, dan membentuk ikatan yang kukuh.
- Membangunkan Semangat Perpaduan: Menyedarkan peserta tentang kepentingan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya dan agama.
- Memperkasa pemahaman yang lebih mendalam, mengurangkan stereotaip, serta memupuk rasa hormat dan kasih sayang antara satu sama lain.