Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Merupakan sebuah inisiatif intervensi sosial yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Program dilaksanakan secara fizikal dan pengisian program melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, motivasi dan aktiviti kecergasan.
Objektif Program
- - Melahirkan belia yang mempunyai kesedaran terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
- Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan belia.
- Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup aktif.
- Memberi pendedahan dan membuka minda belia untuk menceburi pelbagai bidang kemahiran, pekerjaan atau aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.