KEM BELIA 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Merupakan sebuah inisiatif intervensi sosial yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat. Program dilaksanakan secara fizikal dan pengisian program melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, motivasi dan aktiviti kecergasan.

Objektif Program

  • - Melahirkan belia yang mempunyai kesedaran terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. - Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan belia. - Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup aktif. - Memberi pendedahan dan membuka minda belia untuk menceburi pelbagai bidang kemahiran, pekerjaan atau aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.
Tarikh Program 12/07/2024 Hingga 14/07/2024
Bentuk Program Umum
Jenis Program Seminar/Symposium/Konvensyen/Forum/Dialog/Latihan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Prihatin
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - INSTITUT LATIHAN YADIM HULU LANGAT, SELANGOR
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan ZAIRUL NIZAM BIN HASHIM
Bahagian BELIA (PEMBANGUNAN SOSIAL)
No. Telefon 0192661431
Emel zairulnizam@kbs.gov.my