Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program jangka pendek melibatkan pembuatan pastri dan roti disediakan kepada para belia Johor untuk menambah kemahiran disamping mampu menjana pendapatan melalui latihan yang diberikan. Pemerkasaan kemahiran TVET dilaksanakan secara menyeluruh agar komuniti mendapat manfaat. Pembelajaran kemahiran dengan mentransformasi ‘Technical Vocational Education and Training’ (TVET) dan dianugerahkan sijil kemahiran. Program latihan yang akan berlangsung menggunakan kaedah kursus jangka masa pendek secara intensif.
Kerjasama strategik dengan industri akan membantu industri mendapatkan pekerja yang terlatih dan bersedia. Kerjasama dengan majikan untuk merekabentuk kurikulum dengan penumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran teras
Objektif Program
- (i) Mewujudkan peluang dan ruang kepada belia bandar mendapatkan latihan kemahiran di luar daripada latihan berinstitusi.
- (ii) Meningkatkan taraf ekonomi belia melalui kaedah learn and earn dengan menyediakan suasana pembelajaran sama dengan suasana bekerja yang sebenar.
.
- (iii) Mewujudkan peluang latihan kemahiran kepada belia dengan kursus jangka pendek tidak melebihi enam (6) bulan.
- (iv) Meningkatkan kesedaran terhadap belia untuk terlibat dalam bidang kemahiran dan mencegah terlibat sebagai belia berisiko.