ADAMAS DOPING CONTROL OFFICER (DCO) REACCREDITATION & REFRESHER COURSE 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Selaku Pegawai Kawalan Doping (DCO) Adamas, diwajibkan untuk menghadiri program ini yang akan melibatkan penilaian serta pembelajaran komprehensif termasuk ujian teori, demonstrasi praktikal dan analisis senario kes berdasarkan piawaian antarabangsa. Program tersebut ditingkatkan dengan penekanan khusus kepada pemerkasaan kapasiti selaku Pegawai Pengumpulan Sampel.

Objektif Program

  • Kursus tersebut selaras dengan Annex G.5.3 International Standard for Testing and Investigations (ISTI). Tempoh akreditasi pegawai pengumpulan sampel hanya sah dalam tempoh maksimum selama dua (2) tahun tertakluk kepada penilaian (teori dan/atau praktikal) sebagaimana yang ditetapkan oleh organisasi anti-doping yang mengiktiraf pegawai tersebut. Melalui pendekatan yang lebih interaktif dan praktikal, program ini memperkasakan para peserta dengan kemahiran dan pengetahuan terkini yang dipelukan untuk melaksanakan tugas kawalan doping secara efektif, beretika dan profesional.
Tarikh Program 21/06/2024 Hingga 23/06/2024
Bentuk Program Tertutup
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KUALA LUMPUR
Agensi Pelaksana Agensi Anti-Doping Malaysia
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Nor Azhani Binti Abd Hazis
Bahagian Unit Anti-Doping Malaysia
No. Telefon 010 - 9822905
Emel azhani@kbs.gov.my