MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Atur gerak SATRIA diperkukuhkan lagi menerusi gaya hidup Rakan Prihatin bertujuan bagi melahirkan rasa empati dan simpati di kalangan golongan. Penyediaan platform bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan secara rentas generasi. Gabung jalin antara generasi muda dengan generasi yang lebih berusia akan menghasilkan sinergi yang mampan bagi mewujudkan rasa saling menghormati, mengeratkan perpaduan serta saling melengkapi

Objektif Program

  • Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling
  • Memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat
  • Membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh meningkatkan keyakinan serta kemahiran sosial
  • Mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah serta masalah sosial serta mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dengan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
  • Memupuk semangat cintakan negara serta mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat
Tarikh Program 20/07/2024 Hingga 20/07/2024
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada warganegara berumur 15 hingga 30 tahun
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Prihatin
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS SIK (PAWE)
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan SITI MOKTAROH BINTI MOKHTAR
Bahagian PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK/UNIT RAKAN MUDA
No. Telefon 0135163488
Emel siti_moktaroh.kbs@gov.my