Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Atur gerak SATRIA diperkukuhkan lagi menerusi gaya hidup Rakan Prihatin bertujuan bagi melahirkan rasa empati dan simpati di kalangan golongan. Penyediaan platform bagi melaksanakan aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan secara rentas generasi. Gabung jalin antara generasi muda dengan generasi yang lebih berusia akan menghasilkan sinergi yang mampan bagi mewujudkan rasa saling menghormati, mengeratkan perpaduan serta saling melengkapi.
Objektif Program
- Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling
- Memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat
- Membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh meningkatkan keyakinan serta kemahiran sosial
- Mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah serta masalah sosial serta mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dengan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
- Memupuk semangat cintakan negara serta mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat