MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 2/2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Minggu Paradigma dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu sekaligus sebagai ruang dan peluang menyesuaikan diri di IKBN Pekan. Justeru, beberapa modul telah diterapkan di dalam Minggu Paradigma bagi memenuhi visi misi KBS, ILKBS dan khususnya IKBN Pekan.

Sepanjang program berlangsung peserta diterapkan dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi pelbagai aspek termasuk sahsiah, rohani dan jasmani. Antara aktiviti diadakan adalah sesi Ice Breaking, Showcase Of Talent, Ceramah Pemantapan Diri, Ceramah Motivasi oleh Alumni ILKBS serta dilaksanakan juga slot kerjasama dengan agensi luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Objektif Program

  • 1. Pengenalan kepada IKBN Pekan.
  • 2. Melatih sifat kerjasama serta kerja berpasukan.
  • 3. Melahirkan pemimpin yang berketerampilan dan berwibawa.
  • 4. Melahirkan pelajar yang bertoleransi dan berdisiplin.
  • 5. Menilai kekuatan mental dan fizikal pelajar.
Tarikh Program 05/08/2024 Hingga 09/08/2024
Bentuk Program Umum
1. Warganegara Malaysia.

2. Boleh membaca, menulis dan mengira.

3. Mesti berusia 18 hingga 30 tahun.

Jenis Program Lain-lain (MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI 2/2024)
Gaya Hidup Rakan Muda Tidak Berkaitan
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Institut Kemahiran Belia Negara Pekan
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MOHD SAFIK BIN SAPRAWI
Bahagian HAL EHWAL PELAJAR
No. Telefon 012-3936544
Emel mohdsafik@kbs.gov.my