KEMBARA JUMPA ORANG MUDA

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program Townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam memberi Penerangan dan hala tuju program Pembangunan belia positif untuk memandu belia menjelang Penguatkausaan Akta 668 (Pindaan 2019) pada 2026.

Program juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan aspirasi Belia dalam mendepani Akta 668 (Pindaan) 2019 yang akan berkuatkuasa pada 01 Januari 2026.

Program Townhall ini juga merupakan salah satu inisiatif KBS berkaitan penyediaan pelan transisi kepimpinan belia kearah penguatkuasaan & pindaan Akta 668

Perkongsian ilmiah & representasi berkenaan Akta 668 (Pindaan 2019)

Komitmen Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam menetapkan dasar bagi memastikan potensi dan keupayaan generasi pelapis di dalam pertubuhan belia dan belia massa dioptimumkan sebaik mungkin agar ianya lebih futuristik, relevan dan terkini;

Komitmen Pertubuhan Belia dalam merealisasikan pindaan Akta 668 (A1602), bagi menurunkan had umur “belia” kepada tiga puluh tahun & menghadkan umur minimum dan maksimum bagi ketua pertubuhan dalam memegang jawatan suatu pertubuhan belia;

Memenuhi matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM) yang bertujuan memperkukuh dan menyerlahkan potensi modal insan belia dalam melahirkan pemimpin muda dalam pertubuhan mahupun belia massa bagi memacu pembangunan strategik negara pada masa hadapan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; dan

Merealisasikan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) pembentukan jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif serta mengangkat suara belia bagi menangani cabaran negara serta arus dunia tanpa sempadan hari ini.




Objektif Program

  • Mendapatkan pandangan tentang pelan transisi kepimpinan belia kearah penguatkuasaan & pindaan Akta 668;
  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta 668, Pindaan 2019;.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai hala tuju kepimpinan dalam pertubuhan belia;
  • Membentuk tindakan dalam meminda perlembagaan pertubuhan;
  • Memacu minat belia massa untuk berpersatuan; dan
  • Menyediakan platform engagement kearah program belia dengan identiti positif.
Tarikh Program 02/06/2024 Hingga 02/06/2024
Bentuk Program Bersyarat
Sasaran golongan belia yang berumur 15 - 30 tahun
Jenis Program Seminar/Symposium/Konvensyen/Forum/Dialog/Latihan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Demokrasi
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Muhamad Mustakin bin Musta'in
Bahagian Unit Kepimpinan & Pembangunan Sahsiah
No. Telefon 011-39527287
Emel mustakin@kbs.gov.my