HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI

Kira Detik Ke Permulaan Program


Ringkasan Program

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri bertujuan memberi kesedaran, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program/ aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan melibatkan semua lapisan masyarakat dari kalangan warganegara Malaysia. Di samping itu, HKBM Peringkat Negeri juga secara tidak langsung dapat memberi pengiktirafan dan menggalakkan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam menceburi dunia kesukarelawanan dan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan latar belakang.

Objektif Program

  • Menyemarakkan Sambutan Hari Sukarelawan antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun.
  • Merealisasikan usaha Kementerian untuk mewujudkan kesedaran, memupuk, menggalakkan dan melahirkan sukarelawan daripada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab dan saling bantu-membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
  • Melalui program ini juga, KBS dapat mengumpul/ mewujudkan bank data sukarelawan dan melahirkan generasi pemimpin di peringkat akar umbi serta menambah baik pelaksanaan misi kesukarelawanan dan kemanusiaan di masa akan datang.
Tarikh Program 07/12/2024 Hingga 07/12/2024
Bentuk Program Umum
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga
30 tahun yang berminat dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.
Jenis Program Temasya/Karnival
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Prihatin
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MUHAMMAD ADAM AFIQ BIN YUSOF
Bahagian PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
No. Telefon 09-5164354
Emel adamafiq@kbs.gov.my

Pendaftaran Program

Pengguna Sedia Ada



Pengguna Baru