KURSUS PENYEDIAAN YARDAGE BOOK 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Kursus penyediaan Yardage Book AKBG 2024 merupakan kursus yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para peserta memahami kaedah penyediaan Yardage Book sebagai rujukan permainan golf dengan persijilan secara modular dibawah AKBG berpandukan modul latihan kemahiran bidang golf. Selaras dengan kesinambungan agenda upskilling kemahiran khususnya dalam bidang sukan Golf, usaha pendekatan membantu meningkatkan pengetahuan kendiri golongan belia sasar adalah komponen utama untuk memberi nilai tambah agar disyorkan sebagai latihan peningkatan kompetensi. Kursus ini adalah sebagai alternatif dan peluang kepada belia berumur 18-30 tahun yang diklasifikasikan berminat dalam sukan golf untuk mendalami ilmu penyediaan (Yardage Book).

Objektif Program

  • i. Mnerapkan kemahiran penyediaan Yardage Book yang betul bagi penggunaan kepada pemain golf semasa kejohanan golf berlangsung.
  • ii. Melahirkan peserta yang berkemahiran dalam penyediaan (Yardage Book) sebagai rujukan utama pembelajaran.
  • iii. Mengalakkan peserta dikalangan belia berumur 18-30 tahun mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang dapat meningkatkan kompetensi dalam sistem latihan Technical Vocational Education and Training (TVET) dengan persijilan AKBG.
  • iv. Membuka platform dalam melahirkan belia yang berkepakaran dalam bidang kemahiran golf yang mampu memberi perkhidmatan kepada pemain golf pada masa akan datang.
  • v. Kemahiran yang diperolehi mampu diperluaskan dari sudut meningkatkan pendapatan seseorang individu kepada bidang yardage book yang mampu diterokai atas faktor keperluan industri masa kini.
Tarikh Program 10/09/2024 Hingga 12/09/2024
Bentuk Program Umum
WARGANEGARA MALAYSIA
BERMINAT DALAM PENYEDIAAN YARDAGE BOOK
LELAKI DAN PEREMPUAN
SIHAT TUBUH BADAN
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Mahir
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOMPLEKS RAKAN MUDA BUKIT KIARA DAN KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM
Agensi Pelaksana Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MUHAMMAD BIN MD YUSOFF
Bahagian CAWANGAN LATIHAN
No. Telefon 01725984321
Emel muhammad@kbs.gov.my

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh