RAKAN PRIHATIN: KURSUS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHAP ASAS PERINGKAT ZON 2 (PERAK)

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Program ini akan dilaksanakan seperti berikut dalam bentuk ceramah, bengkel dan latihan amali dengan penglibatan tenaga pengajar dan penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkaitan selama 4 hari 3 malam melibatkan 40 orang peserta mencakupi pendedahan kepada elemen berikut:

• Bantu Mula Psikologi (Psychology First Aid)
• Pertolongan cemas dan bantu mula
• Mekanisme pengurusan bencana
• Asas rekreasi serta asas ikatan
• Pengurusan acara sosial dan sukan
• Pembentangan kumpulan dan latihan amali.



Objektif Program

  • Pengumpulan data sukarelawan dan bekas peserta program anjuran KBS untuk diklasifikasikan berdasarkan kepakaran, kemahiran dan latar belakang pendidikan / pekerjaan terdahulu untuk diberikan latihan menjadi sukarelawan bagi tujuan mobilisasi dan seterusnya menjadi mentor atau tenaga pengajar modul kesukarelawanan;
  • Membantu bekas peserta program KBS yang hilang punca pendapatan menerusi program upskilling dan reskilling yang membolehkan peserta mempunyai kemahiran dan peluang mengembangkan kerjaya pada masa hadapan;
  • Mengenal pasti kepakaran, pengalaman serta kebolehan sukarelawan dan bekas peserta program anjuran KBS untuk dipadankan dengan keperluan bidang sukarelawan yang berpotensi untuk dikembangkan;
  • Menyediakan latihan asas sukarelawan berbentuk latihan pengurusan organisasi, pengumpulan dana, latihan asas pengurusan bencana, critical thinking dalam membuat keputusan serta pengurusan acara dengan sistematik dan teratur; dan
  • Memperkasa belia melalui inisiatif SATRIA melalui Pusat Panggilan Sukarelawan serta berperanan untuk mengumpul maklumat, melatih serta menggerakkan inisiatif sukarelawan di seluruh negara.
Tarikh Program 02/09/2024 Hingga 05/09/2024
Bentuk Program Umum
Warganegara Malaysia;
Peserta adalah terdiri daripada 40 orang peserta berumur 18 hingga 30 tahun
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Prihatin
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan RAJA AFANDI FAIZ BIN RAJA BADARUDDIN
Bahagian RAKAN MUDA
No. Telefon 05-5489500
Emel afandifaiz@kbs.gov.my