RAKAN MUZIK: RENTAK SENI (SIRI II)

Kira Detik Ke Permulaan Program


Ringkasan Program

1. Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) kekal komited merancang dan melaksanakan program dan aktiviti untuk anak muda agar kekal bergiat aktif dan mengisi masa senggang mereka dengan perkara yang berfaedah. Rentetan pelancaran Nafas Baharu Rakan Muda, 10 gaya hidup yang lebih segar diperkenalkan dan lebih dekat dengan anak muda, antaranya melalui Rakan Muzik.

2. Muzik merupakan medium penting bagi belia untuk mengekspresikan diri dan mengenal pasti identiti mereka. Melalui muzik, mereka dapat menyampaikan perasaan, pemikiran, dan pengalaman mereka dengan cara yang unik dan kreatif. Selain itu, muzik menggalakkan belia untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Ini membantu dalam pembinaan komuniti dan jaringan sosial yang sihat. Belia yang terlibat dalam aktiviti muzik seperti menulis lirik, menggubah lagu, atau bermain alat muzik, dapat mengembangkan daya kreatif mereka dengan lebih mendalam.

3. Dalam era globalisasi ini, pengaruh budaya luar semakin ketara dalam kehidupan seharian belia. Seni dan budaya tempatan perlu dipertingkatkan untuk memastikan identiti budaya kita terus terpelihara. Justeru itu, antara inisiatif BPRM untuk membendung pengaruh budaya luar tersebut adalah melalui Program "Rentak Seni” yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif belia dalam kesenian dan budaya, memperkukuhkan jati diri, serta membina komuniti yang lebih harmonis.

Objektif Program

  • Meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan;
  • Memberi platform kepada belia untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka;
  • Mengukuhkan nilai-nilai murni dan identiti budaya dalam kalangan belia;
  • Memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti seni dan budaya
Tarikh Program 05/10/2024 Hingga 05/10/2024
Bentuk Program Umum
Setiap daerah akan diberikan 3 siri.

Cadangan pengisian :

Siri 1: Pengenalan berkenaan kesenian / kebudayaan yang telah dipilh
Siri 2: Latihan
Siri 3: Persembahan
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan muzik
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Y-SPACE SELAYANG
Agensi Pelaksana Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MOHD SYAZWAN BIN ABDUL RAHMAN
Bahagian RAKAN MUDA
No. Telefon 0361273379
Emel pbsdgombakmy@gmail.com

Pendaftaran Program

Pengguna Sedia Ada



Pengguna Baru