PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN IKBN BANDAR PENAWAR 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan.

Pada 31 Ogos tahun ini, negara kita telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-67. Oleh itu, walaupun negara kita masih dilanda dengan wabak covid-19, namun sambutan kemerdekaan masih tetap diadakan di peringkat institusi untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa cinta akan negara dan berusaha untuk mengekalkan kemedekaan yang telah kita kecapi sehingga hari ini.

Bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara serta menerapkan semangat kekitaan dan nilai-nilai perpaduan di dalam diri setiap pelajar.

Objektif Program

  • Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar IKBN Bandar Penawar.
  • Memperkukuhkan semangat muhibah dan kekitaan di kalangan pelajar IKBN yang berbilang kaum, bangsa dan agama.
  • Mencetuskan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan di dalam institut.
Tarikh Program 21/08/2024 Hingga 23/08/2024
Bentuk Program Tertutup
Semua Pelajar IKBN Bandar Penawar
Jenis Program Kejohanan/Pertandingan
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Ekspresi
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - DEWAN SERI DESARU, IKBN BANDAR PENAWAR
Agensi Pelaksana Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan INTAN SURIANI BINTI MD SAH
Bahagian HAL EHWAL PELAJAR
No. Telefon
Emel intansuriani@kbs.gov.my