img img-responsive text-center

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 9 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Perlis

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 9 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Perlis

 

PERLIS, 09 Ogos 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 9 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Perlis telah selesai dilaksanakan di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Kangar.  Sesi ini dikendalikan oleh Puan Mastura Mohamad dan Cik Wan Suriani Wan Jamal serta dibantu oleh Encik Muhammad Ridzuan Mohd Rohani dan Encik Ariffin Abd Rahman.

Seramai 12 orang Focal Point eMYInd yang terdiri daripada Pegawai Belia Sukan Daerah dan Negeri Perlis berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.

Bengkel TOT Sistem eMYInd akan diteruskan pelaksanaannya sepanjang  bulan Julai sehingga September 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point  peringkat JBSN Negeri dan Daerah.  Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD