Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN, 25 Julai 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 3 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Sembilan telah selesai dilaksanakan di Makmal Komputer Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.  Sesi ini dikendalikan oleh Puan Mastura Mohamad dan Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan melibatkan penyertaan seramai 14 orang Focal Point eMYInd yang berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.

Bengkel TOT Sistem eMYInd akan dilaksanakan oleh IYRES sepanjang Julai- Ogos 2022 dengan melibatkan 15 siri bengkel bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd di kalangan Focal Point  peringkat JBSN Negeri dan Daerah.  Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD