BENGKEL PENAMBAHBAIKAN TATACARA KEWANGAN DAN PERAKAUNAN IYRES 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Penambaikan tatacara kewangan dan perakaunan IYRES adalah bertujuan untuk menambahbaik tatacara berdasarkan penemuan Jabatan Audit Negara di dalam Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan IYRES bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 pada 6 November 2023.

Selain itu juga, penambahbaikan dibuat seiring dengan isu-isu semasa serta penggunaan sistem kewangan IYRES yang telah melalui fasa peralihan dari Sistem SAGA 8.0 ke GRP 9.0, selaras dengan pekeliling-pekeliling terkini.


Objektif Program

  • Melaksanakan semakan dan penambahbaikan tatacara kewangan dan perakaunan IYRES
Tarikh Program 19/01/2024 Hingga 21/01/2024
Bentuk Program Tertutup
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Agensi Pelaksana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Sartina binti Safian
Bahagian Unit Kewangan & perolehan, IYRES
No. Telefon 017-5233063
Emel sartina@iyres.gov.my