Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menetapkan dasar bagi memastikan potensi dan keupayaan generasi pelapis di dalam pertubuhan belia dan belia massa dioptimumkan sebaik mungkin agar ianya lebih futuristik, relevan dan terkini;
Komitmen Pertubuhan Belia dalam merealisasikan pindaan Akta 668 (A1602), bagi menurunkan had umur “belia” kepada tiga puluh tahun & menghadkan umur minimum dan maksimum bagi ketua pertubuhan dalam memegang jawatan suatu pertubuhan belia;
Memenuhi matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM) yang bertujuan memperkukuh dan menyerlahkan potensi modal insan belia dalam melahirkan pemimpin muda dalam pertubuhan mahu pun belia massa bagi memacu pembangunan strategik negara pada masa hadapan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; dan
Merealisasikan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) dalam pembentukan jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif serta mengangkat suara belia bagi menangani cabaran negara serta arus dunia tanpa sempadan.
Objektif Program
- Mendapatkan pandangan tentang pelan transisi kepimpinan belia kearah penguatkuasaan dan pindaan Akta 668;
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta 668, Pindaan 2019;
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai hala tuju kepimpinan dalam pertubuhan belia;
- Membentuk tindakan dalam meminda perlembagaan pertubuhan;
- Memacu minat belia massa untuk berpersatuan; dan
- Menyediakan platform engagement kearah program belia dengan identiti positif.