Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program Rakan Bumi – Selamatkan Makanan (MYSaveFood Ramadan) merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan
Objektif Program
- i. Menggerakkan aktiviti kesukarelawanan Kelab Rakan Muda yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang efektif
- ii. Mengurangkan jumlah pembuangan sisa pepejal makanan secara tidak langsung mengurangkan penghasilan gas metana yang menyebabkan pemanasan global
- iii. Memperkasa peranan Kelab Rakan Muda setempat dengan membina hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, swasta, persatuan, pemimpin dan penduduk setempat yang berkaitan