SESI TEKNIKAL & SIMULASI PENGGUNAAN SISTEM EMYIND PERINGKAT KUSKOP

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Sistem eMYInd merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi merekod dan mengemaskini maklumat program dan inisiatif yang dilaksanakan merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO dan akan dijadikan input bagi memantau program-program belia serta secara langsung menjadi mekanisme dalam mengukur tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Malaysia.

Selaras dengan konsep merentas pelaksana dalam memastikan pembangunan belia di Malaysia adalah secara bersama, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang berperanan sebagai pentadbir sistem akan memperluas dan memperkasakan penggunaan sistem eMYInd melalui pelaksanaan Bengkel Pemahaman dan Pemantauan Sistem eMYInd merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO di Malaysia.

Objektif Program

  • Meningkatkan pemahaman berkaitan penggunaan Sistem eMYInd dalam kalangan Focal Point merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.
  • Meningkatkan kemahiran secara teknikal berkaitan pembangunan sistem eMYInd khususnya modul-modul yang terkandung di dalam sistem.
  • Melaporkan status kemajuan semasa bagi pelaporan program di dalam sistem eMYInd peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO.
Tarikh Program 15/03/2024 Hingga 15/03/2024
Bentuk Program Tertutup
Hanya melibatkan Focal Point eMYInd di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sahaja.
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Tiada Kaitan
Kaedah Pelaksanaan
Agensi Pelaksana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan Wan Suriani Wan Jamal
Bahagian Unit Pengurusan Data
No. Telefon 0388713284
Emel suriani@iyres.gov.my