Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bermatlamat supaya rakyat Malaysia mengecapi taraf hidup wajar menjelang tahun 2030 secara keseluruhannya. Komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menetapkan dasar bagi memastikan potensi dan keupayaan generasi pelapis di dalam Pertubuhan Belia dan Belia Massa dioptimumkan sebaik mungkin agar ianya lebih futuristik, releven dan terkini. Komitmen utama dalam merealisasikan pindaan Akta 668 (Pindaan 2019) adalah memberi fokus kepada penurunan had umur belia daripada 15 hingga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun serta tempoh pemegang jawatan bagi ketua pertubuhan belia iaitu selama empat tahun sahaja. Dalam memenuhi matlamat Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035 yang bertujuan untuk memperkukuh dan menyerlahkan bakat dan potensi modal insan belia dalam melahirkan pemimpin muda dalam pertubuhan mahupun belia massa, usaha ini sangat relevan dalam memacu pembangunan startegik negara berdasarkan keperluan dan kehendak semasa. Tambahan pula, dalam menangani cabaran negara serta arus dunia tanpa sempadan, pembentukan jati diri modal insan yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan, kreatif dan mampu mengangkat suara belia juga penting dan selaras dalam merealisasikan Model Pembangunan Belia Madani 2030. Sehubungan itu, Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) merupakan merupakan salah satu program inisiatif KBS di bawah Pelan Transisi 2024-2025 yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia bagi menyampaikan hasrat dan mendapatkan pandangan mereka berkaitan dengan Pelan Transisi Belia.
Objektif Program
- Objektif bagi pelaksanaan Program Kembara JOM adalah seperti berikut:
i. Mendapatkan pandangan dan input tambahan tentang pelan transisi belia ke arah penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019);
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai Akta 668 (Pindaan 2019);
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dan hala tuju belia serta kepimpinan belia dalam pertubuhan belia;
iv. Representasi dan membentuk pelan tindakan dalam meminda perlembagaan pertubuhan;
v. Memacu minat belia massa untuk berpersatuan; dan
vi. Menyediakan platform engagement ke arah program belia dengan identiti positif.