Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Kursus Tableau ialah satu kursus yang menumpukan kepada cara-cara menggunakan perisian Tableau untuk mengurus dan menvisualisasikan data. Kursus ini terbuka kepada individu, agensi dan sektor kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pengurusan data serta berkaitan.
Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari bagaimana menggunakan perisian Tableau untuk menghasilkan visualisasi data dalam bentuk asas seperti carta, peta dan lain-lain. Peserta juga akan didedahkan dengan visualisasi lanjutan seperti histogram, carta gantt dan treemap. Melalui kursus ini juga anda akan didedahkan dengan pelbagai fungsi dan kelebihan yang ada dalam Tableau seperti Forecasting, Trend Lines, fungsi Drag and Drop dan interface Dashboard. Menariknya, peserta tidak perlu sebarang pengetahuan dalam coding untuk menggunakan perisian ini.
Di akhir kursus ini, peserta dijangka akan mampu memuat turun, mengatur cara dan menggunakan Tableau untuk menghasilkan visualisasi data dalam pelbagai bentuk dengan cepat, efektif dan berkesan. Peserta juga akan boleh membina Dashboard projek dan membantu dalam membuat keputusan berdasarkan projek yang dilaksanakan.
Objektif Program
- Memberi pendedahan dan peluang kepada peserta khususnya golongan belia untuk mendalami kemahiran visualisasi data menggunakan perisian Tableau;
- Membangunkan visualisasi data dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik
- Menghasilkan visual yang menarik dan datagrafik yang interaktif