Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program Skills for Life dicetuskan oleh YB Menteri Belia dan Sukan merupakan program kemahiran berbentuk Do-It-Yourself iaitu kemahiran untuk menangani kos sara hidup. Lanjutan itu, Kementerian Belia dan Sukan mengadakan program Skills For Life bermula tahun 2023 dan program latihan kemahiran (peringkat asas). Justeru itu, pada tahun ini pelaksanaan program Skills For Life tersebut diteruskan pula di peringkat Parlimen yang merupakan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup semua kumpulan belia. Inisiatif program Skills for Life @Parlimen diperkenalkan bertujuan menawarkan latihan kemahiran asas kepada belia di setiap Parlimen menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan peralatan, kemudahan sedia ada dan fasiliti setempat yang mana ia secara tidak langsung membantu menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh belia dan masyarakat kini
Objektif Program
- Memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian;
- Memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu dan
- Membantu mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan seperti kos perkhidmatan menggunting rambut, kos membaiki motosikal, kos perkhidmatan penyaman udara dan kos pembelian hasil/produk makanan.