KURSUS PEMBINAAN PASUKAN (APBM YOUTH DYNAMIC TEAM) TAHUN 2024

Telah Berlangsung Pada


Ringkasan Program

Kursus Pembinaan Pasukan dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kerjasama di kalangan anggota organisi belia dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti-aktiviti belia di peringkat akar umbi. Disamping itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai asas-asas pembinaan pasukan kerja yang cemerlang. Mereka merupakan asas untuk membangunkan masyarakat belia secara bersepadu dan seimbang untuk melahirkan belia dan pergerakan belia yang dinamik dan berdaya saing sesuai dengan keperluan belia semasa.Kita harus sedar dan berbangga yang pergerakan belia mampu melahirkan pemimpin politik, ahli perniagaan, pentadbir dan seumpamanya, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat setempat dan serantau hingga ke peringkat global.

Objektif Program

  • Meningkatkan kemahiran membina pasukan kerja yang mantap.
  • Menambah kesedaran dan kefahaman mengenai asas-asas pembentukan pasukan kerja yang cemerlang.
  • Memberi kefahaman dan penghayatan tentang nilai-nilai murni dalam kerja berpasukan.
  • Menambah kesedaran dan kefahaman mengenai kerjasama dan teknik menjayakan pasukan kerja yang cemerlang.
  • Memahami teknik mengurus diri dan orang lain dalam kontek kerja berpasukan
Tarikh Program 18/10/2024 Hingga 21/10/2024
Bentuk Program Umum
BELIA BELIAWANIS BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS
Jenis Program Bengkel/Klinik/Kursus
Gaya Hidup Rakan Muda Rakan Aktif
Kaedah Pelaksanaan
  • Fizikal - KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
Agensi Pelaksana Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
Yuran Pendaftaran Percuma
Pegawai Perhubungan MOHD KHAIRI BIN NASIR
Bahagian BINA INSAN
No. Telefon 013-2929592
Emel khairi@kbs.gov.my

Pendaftaran Ditutup Kerana Penyertaan Penuh