Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Gombak dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Gombak secara keseluruhannya akan dilaksanakan mengikut konsep asal untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan kearah menjadikan sukan sebagai gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan dan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan.
Objektif Program
- Memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif.
- Menggalakkan Keluarga Malaysia untuk bergiat aktif dan cergas dalam membudayakan sukan.
- Meningkatkan daya saing dan sifat kompetitif di kalangan pasukan bertanding.
- Mempergiatkan agenda transformasi sukan sebagai industri penjana pendapatan negara.