Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program Liga Sukan Komuniti merupakan program sukan yang berbentuk pertandingan dan dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Program ini terbuka kepada semua peringkat komuniti setempat dalam menjadikan aktiviti sukan sebagai satu gaya hidup sihat. Program ini dilaksanakan untuk memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Objektif Program
- Melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan.
- Menggalakkan masyarakat membudayakan sukan.
- Meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat.
- Meningkatkan kemahiran sukan dan kesukarelawanan di kalangan komuniti setempat.