img img-responsive text-center

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 8 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang

Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 8 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 9 Ogos 2022- Bengkel Training of Trainers (TOT) Sistem eMYInd Siri 8 Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah selesai dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.  Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr Vellapandian Ponnusamy, En Mohd Rizal Mohd Sham dan  Cik Nur Aqilah Syazwani.

Seramai 13 orang Focal Point eMYInd telah terlibat sesi ini yang terdiri daripada Peg Belia Sukan Daerah dan Negeri Pulau Pinang  berperanan sebagai Pentadbir Agensi dan Pengguna Sistem.

Bengkel TOT Sistem eMYInd ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pembangunan dan modul-modul dalam Sistem eMYInd dalam kalangan Focal Point  peringkat JBSN Negeri dan Daerah.  

Melalui pelaksanaan bengkel ini diharapkan agar sistem eMYInd diaplikasikan secara optimum dalam pemantauan dan penjanaan program dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri dan daerah.

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Pengenalan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Februari 2011 telah memutuskan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi penyelaras bagi semua kementerian dan agensi dalam bidang kepakaran belia dan tidak bertindak secara bersendirian. 

Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD