FAQ SISTEM EMYIND

SOALAN LAZIM

SISTEM e-MYInd SEBAGAI SISTEM PEMANTAUAN PROGRAM DAN AKTIVITI BELIA SECARA BERSEPADU MERENTAS KEMENTERIAN/JABATAN /AGENSI/PELAKSANA PEMBANGUNAN BELIA DI MALAYSIA.


S: Apakah itu Sistem Electronic Malaysia Youth Index (eMYInd) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya

J: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Sistem e-MYInd, satu sistem bersepadu Malaysian Youth Index yang merekodkan maklumat pembangunan belia merentas agensi pelaksana. Idea ini diperolehi berdasarkan konsep ‘bank’ yang menyimpan data pembangunan belia secara bersepadu. e-MYInd mampu menjana statistik pelaporan secara dinamik yang boleh menjadi rujukan keberkesanan program-program pembangunan belia.

Sistem e-MYInd dibangun selari dengan spirit Dasar Belia Malaysia 2015 yang menekankan konsep “merentas pelaksana” dalam pembangunan belia. Konsep merentas pelaksana memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Inisiatif ini membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum.

S: Bagaimana cara untuk mengakses Sistem eMYInd?

J: Sistem ini boleh diakses melalui URL http://emyind.iyres.gov.my oleh focal point yang dilantik oleh IYRES Sahaja.

S: Siapa yang perlu mendaftar sebagai focal point sistem eMYInd?

J: Terbuka kepada semua pihak yang melaksanakan program pembangunan belia meliputi 10 kumpulan pelaksana iaitu:

  1. Kementerian dan agensi persekutuan;
  2. Institusi pendidikan dan penyelidikan;
  3. Kerajaan Negeri;
  4. Pemimpin politik;
  5. Institusi keluarga;
  6. Syarikat berkaitan kerajaan dan swasta;
  7. NGO dan Individu belia;
  8. Masyarakat;
  9. Media dan
  10. Badan Bukan Kerajaan.

S: Apakah modul yang disediakan dalam Sistem eMYInd?

J: eMYInd ini menyediakan fungsi utama merangkumi :

  1. Kemudahan dashboard yang menyediakan statistik laporan secara dinamik;
  2. Penyediaan maklumat program pembangunan belia secara bersepadu;
  3. Penjanaan pelaporan program pembangunan belia secara dinamik;
  4. Penerangan maklumat berkaitan Sistem e-MYInd; dan
  5. Paparan Galeri Media

S: Bagaimana cara untuk mendaftar di dalam sistem eMYInd?

J: Boleh akses melalui URL http://emyind.iyres.gov.my dan klik pada modul “Permohonan Focal Point” atau email kepada sekretariat sistem di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

S: Apa yang perlu saya lakukan setelah saya mendaftar sebagai focal point?

J: Focal Point yang bertanggungjawab sebagai Pentadbir Agensi akan dibekalkan maklumat pengguna (Username dan kata laluan). Pentadbir Agensi ini perlu mengenalpasti Pengguna (Mengikut keperluan organisasi/Jabatan), seorang Pegawai Pelulus dan seorang Eksekutif di peringkat agensi masing-masing.

Pentadbir agensi dan Pengguna agensi perlu merekodkan program secara berkala merangkumi:

  1. Maklumat am program
  2. Kumpulan sasar pelaksanaan program
  3. Maklumat Pelaksana program
  4. Pencapaian program

S: Sejauh mana program/projek yang direkodkan dalam sitem ini dipantau?

J: Ahli tetap “Focal Point” yang dilantik perlu merekod dan mengemaskini projek/program/aktiviti secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada suku pertama dan suku ke-empat setiap tahun.

S: Apakah program-program yang dipantau oleh eMYInd?

J: Program/projek yang perlu dimasukkan ke dalam sistem meliputi program-program pembangunan belia sama ada program yang dilaksanakan memfokuskan kepada kumpulan sasaran:

  1. Belia (15-30 tahun),
  2. Belia Sebahagian (Meliputi semua peringkat umur termasuk kumpulan umur belia)
  3. Selain Belia Meliputi peringkat umur kanak-kanak (bawah 14 tahun) dan pasca belia ( umur dewasa (31 hingga 59 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas))

S: Apakah manfaat yang saya perolehi melalui Sistem eMYInd ini?

J: Dengan adanya Sistem e-MYInd ini akan dapat :

  1. Menyediakan input untuk mempengaruhi pembentukan dasar, pembangunan sumber manusia dan peruntukan kewangan kepada pembangunan belia yang lebih holistik;
  2. Menyediakan satu pangkalan data yang berpusat bagi memantau pencapaian program-program pembangunan belia merentasi agensi dan pelaksana pembangunan belia di Malaysia;
  3. Menyediakan input bagi mengenalpasti “fokus area” pembangunan belia yang dilaksanakan oleh pemegang taruh belia;
  4. Menyediakan input dalam merancang program dan aktiviti pembangunan belia di Malaysia;
  5. Menyediakan pelaporan yang komprehensif bagi membuktikan pencapaian output dan outcome inisiatif-inisiatif pembangunan belia;
  6. Input kepada projek data raya KBS khususnya dalam analisa analitik dan
  7. Input kepada Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.

S: Apakah saluran untuk saya mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penggunaan sistem ini?

J: Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung sistem ini atau memerlukan perkhidmatan latihan / teknikal secara terperinci, pihak Sekretariat Sistem eMYInd sedia membantu ditalian 03-8871 3389/3284, atau email kepada pentadbir sistem di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

S: Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi?

J: Sistem eMYInd boleh dicapai di mana-mana lokasi

S: Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan eMYInd?

J: Pengguna perlu membuat log aduan tersebut ke dalam sistem emyind (emyind.iyres.gov.my) dan boleh menghubungi pihak sekretariat ditalian 03-8871 3389/3284