Pelancaran Sistem eMYInd Sempena #MYINDEXBELIA 4.0

Pelancaran Sistem eMYInd Sempena #MYINDEXBELIA 4.0

Pelancaran Sistem eMYInd Sempena #MYINDEXBELIA 4.0

PUTRAJAYA, 4 April 2019 - Pelancaran Sistem eMYInd Sempena #MYINDEXBELIA 4.0 diadakan di Hotel Everly Putrajaya. Pelancaran ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dengan kehadiran YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES serta para tetamu dan focal point pada bengkel berkenaan.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membangunkan Sistem e-MYInd, atau dikenali sebagai Electronic Malaysian Youth Index, adalah platform yang diwujudkan bagi merekod dan mengemaskini maklumat program/inisiatif pembangunan belia di peringkat kementerian/agensi/NGO. Sistem ini turut menjadi satu pangkalan data berpusat bagi memantau program pembangunan belia di Malaysia. Pelancaran ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dengan kehadiran YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES serta para tetamu dan focal point e-MYInd.