Bengkel Celik Data Belia Siri 1 : Sistem e-MYInd Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2019 - Bengkel Celik Data Belia Siri 1 : Sistem e-MYInd telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik ICT Aras 14, KBS. Bengkel ini melibatkan seramai 23 orang Focal Point KBS. Sistem e-MYInd ini dibangunkan sebagai sistem pemantauan program dan aktiviti pembangunan belia di Malaysia. Pelaksanaan bengkel kali ini bertujuan memberi pendedahan penggunaan sistem e-MYInd serta pengemaskinian maklumat projek program oleh focal point yang dilantik. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Bin Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik, Cawangan Pengurusan Data IYRES.