Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 

16 April 2021, PUTRAJAYA - Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dipengerusikan oleh YBrs. En. Faizal Amir bin Abd. Rashid, Timbalan Pengarah Bahagian Cawangan Pengurusan Kewangan Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA.  Sesi ini dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung fungsi dan peranan sistem. Ianya selaras dengan konsep “Merentas Pelaksana” bagi pembangunan belia di Malaysia dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Sesi penerangan Sistem eMYInd telah disampaikan oleh YBrs Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES yang turut dihadiri Puan Mastura Mohamad, Encik Mohd Rizal Mohd Sham dan Cik Wan Suriani Wan Jamal.