Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 

 

16 April 2021, PUTRAJAYA - Sesi Penyebarluasan Sistem eMYInd telah dilaksanakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang dipengerusikan oleh YBrs. En Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (SBKSK).  Sesi ini dilaksanakan bagi menerangkan secara terperinci berhubung fungsi dan peranan sistem. Ianya selaras dengan konsep “Merentas Pelaksana” bagi pembangunan belia di Malaysia dalam memastikan pembangunan belia di negara ini adalah secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. Sesi penerangan Sistem eMYInd telah disampaikan oleh YBrs Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES yang turut dihadiri Puan Mastura Mohamad, Encik Mohd Rizal Mohd Sham dan Cik Wan Suriani Wan Jamal.